PERANCANGAN DAN KESIMPULAN
Saya merupakan seorang individu yang suka merancang dengan teliti sebelum melaksanakan sesuatu tugasan. Di samping itu, saya juga suka menyampaikan satu penerangan tugasan, aktiviti dan sebagainya dengan cara bercerita. Terdapat pelbagai cerita yang saya dapat kaitkan dalam sesuatu perkara. Oleh yang sedemikian, idealisme adalah amat sinonim dengan diri saya.
Selain tiu, saya seorang yang suka menonjolkan diri tetapi secara tidak sengaja. Sebagai contoh dalam aktiviti berkumpulan, saya kerap menjadi individu yang membentangkan hasil kumpulan dan mengagihkan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain dan ini amat berkait dengan eksistensialisme.
Namun begitu, saya tidak lupa akan Falsafah Islam yang saya perlu amalkan dalam diri supaya menjadi seorang yang seimbang Jasmani, Emosi, Rohani dan Insaniah.
Dengan perkara yang saya dapat maklum tentang diri saya ini, saya amat yakin yang saya boleh amalkannya pada masa hadapan saya sebagai seorng guru. Hal ini kerana, menjadi seorang guru memerlukan nilai murni yang amat tinggi dan hal ini perlu disemai di dalam diri sejak dari awal.
Saya dapat merealisasikan hal yang demikian kerana saya yakin bahawa dengan mempraktik nilai-nilai falsafah dari awal kita akan dapat menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.
KESIMPULAN
Falsafah adalah satu pendekatan terhadap kehidupan dan merupakan kajian mencari kebenaran dan nilai dalam hidup.
Falsafah dalam pendidikan amat menekankan sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (J.E.R.I).
Ulasan
Catat Ulasan