FPN, FPK , FALSAFAH GURU DAN TVET

 


 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi dan Nilai

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


VISI

Visi kami adalah untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu bagi memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang bakal menjadi pemimpin dunia, pemikir, dan pencipta masa hadapan.

                                                                            

 MISI

Untuk menjadi pelopor dalam menginspirasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Mathematik (STEM) dan penyelidikan kepada pelajar pintar dan berbakat.

 

                                                                             

NILAI

Nilai-nilai berikut, yang  dikongsi bersama oleh setiap warga kerja,  merupakan tulang belakang semua aktiviti yang dijalankan di pusat ini.

Passionate (bersemangat dan mempunyai iltizam yang tinggi)

Inspirational (menjadi sumber inspirasi kepada yang lain)

Nurturing (sentiasa memberi panduan, bantuan dan tunjuk ajar)

Teamwork (kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri)

Awareness (peka terhadap alam sekeliling

Respectful & Responsible (sentiasa hormat menghormati dan bertanggugjawab)




FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


 1. Latar Belakang Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini. Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan negara meliputi: β€œ …… matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1). 

Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. 
Ciri-ciri tersebut ialah:
 (a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;
 (b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; 
(c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara. Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan.

 Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara. Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan: β€œUntuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.” Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut.

 2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut: β€œ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. 

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut:
 percaya dan patuh kepada Tuhan; 
 berilmu pengetahuan; 
 berakhlak mulia; 
 bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
 berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan 
 memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. 

 3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara Memperkembangkan Potensi Individu Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Menyeluruh dan Bersepadu Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Insan yang Seimbang dan Harmonis Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. 

Oleh kerana itu ia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. 

Unsur Intelek Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut: 
 hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran; 
 daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; 
 daya pemikiran yang logik dan analitis;
 ilmu yang bermanfaat. 

Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut : 
 keyakinan terhadap Tuhan; 
 kepercayaan beragama; 
 kemantapan jiwa; 
 penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; 
 berbudi pekerti mulia; 
 berbakti dan berkorban 

Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani ialah : 
 kecergasan fizikal dan kesihatan diri; 
 dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan  Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia 
 Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu. Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab 
 Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri 
 Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan 
 Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara 
 Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan. 

4. Penutup Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Ogos 1988


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU DAN TVET


1 PRINSIP, FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

2 PengenalanAnda sudah biasa dan kerap menggunakan perkataan teknikal dan vokasional. Bolehkah anda memberikan perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut?Tahukah anda asas-asas yang digunakan untuk membina sesuatu program Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)?Dalam bahagian ini, anda akan didedahkan kepada maksud istilah atau terminologi pendidikan yang berkaitan dengan PTV, prinsip-prinsip yang diaplikasi dalam program PTV, pembentukan falsafah PTV dan polisi-polisi yang dijadikan asas.Anda juga akan dapat belajar kaedah induktif dan kaedah deduktif yang boleh digunakan untuk membentuk falsafah. Hubungkait antara prinsip, falsafah dan polisi turut dibincangkan.

3 Terminologi dalam PTVIstilah atau terminologi teknikal dan vokasional sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, dari guru, pelajar hinggalah ibu bapa.Persoalannya adakah kita terutamanya pendidik benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan terminologi teknikal dan vokasional?Adakah pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional berbeza?

4 MAKNA TEKNIK DAN TEKNIKAL
Perkataan teknik atau technic berasal daripada perkataan Greek β€˜technikos’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi.Menurut Kamus Dewan (1993), perkataan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni.Perkataan teknikal pula bermaksud perlaksanaan sesuatu kerja (tidak dengan aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri) atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.

5 MAKNA VOKASIONALPerkataan vokasional (vocational) berasal daripada perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.Kita boleh gunakan makna perkataan vokasional seperti mana yang diberikan oleh:Webster's New World Dictionary (1991) - vokasional bermaksud pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.Kamus Dewan (1993) - berkaitan dengan pekerjaan (profesion dan sebagainya) yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali.

6 MAKNA TEKNOLOGIPerkataan teknologi (technology) berasal daripada dua perkataan Greek iaitu:technes yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat baranganlogos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut.Apabila digabungkan, wujud terminologi technology yang bermaksud pengajian berkaitan kaedah teknikal yang dipelopori oleh manusia dan digunakan untuk kelangsungan hidup.

7 Antara program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional yang berbeza istilahnya seperti berikut:Pendidikan Ketukangan - program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajian teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.Pendidikan Seni Perusahaan - pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaitan dengan industri.Pendidikan Vokasional - satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.

8 Antara program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional yang berbeza istilahnya seperti berikut: (Samb…)Pendidikan Teknikal - adalah pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan matematik dan sains yang kukuh.Pendidikan Kejuruteraan - pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan untuk kerjaya di bidang kejuruteraan, dan dianugerahkan dengan ijazah sarjana muda sebagai asas untuk menyambung pendidikan ke ijazah lanjutan dalam bidang yang sama.Pendidikan Teknologi - satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar mengenai teknologi masa lalu, masa kini dan masa hadapan; di peringkat sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat ijazah; sebagai persediaan untuk hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.

9 KONSEP ASAS PTV Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV.
Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah.Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah awal pembentukan program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.

10 KONSEP ASAS PTVTidak hairanlah jika prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana 'orang teknikal/vokasional' dikenali sebagai individu yang praktikal.Kita dikenali sebagai pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada teori.Falsafah pada ketika itu, dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program; sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program.Seterusnya, sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi dalam PTV.Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selari dengan prinsip serta polisi.

11 Kepentingan Prinsip dalam PTV
Prinsip terbentuk seiring dengan pewujudan PTV.Pada awalnya, prinsip dianggap sebagai teorem yang merupakan refleksi sesuatu situasi, pemikiran dan keperluan.Konsep asas yang menjadi landasan teorem atau prinsip pula mempengaruhi perkembangan awal PTV.Malah, masih terdapat konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru. Ada juga konsep asas yang diubah, bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun digugurkan sebagai landasan prinsip atau teorem.

12 Kepentingan Prinsip dalam PTV
'Kenapa sesuatu konsep asas diubah atau digugurkan?'.'Kerana prinsip boleh dan akan berubah mengikut peredaran masa'. Lebih-lebih lagi jika dilihat perkaitan rapat antara prinsip dengan amalan dan tindakan.Prinsip adalah panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh daripada amalan.

13 Kepentingan Prinsip dalam PTV
Prinsip PTV boleh didefinisikan sebagai generalisasi yang menyatakan amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi. Prinsip sebenarnya memaparkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan PTV; yang melalui perubahan masa dan keperluan, dan diubah mengikut kesesuaian. Amalan lepas dan amalan baru yang berjaya pula dijadikan asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari bagi TV.

14 Kepentingan Falsafah dalam PTV
Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan dunia.Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai.Oleh itu, falsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian asas mengenai realiti, kebenaran dan nilai.Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita mesti bersikap sebagai seorang ahli falsafah.

15 Kepentingan Falsafah dalam PTV
Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa hadapan PTV.Falsafah adalah penting kepada setiap individu yang terlibat dengan PTV.Falsafah menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV.

16 Kepentingan Falsafah dalam PTV
Bagi pendidik, falsafah membantu kita untuk membuat pilihan atau tindakan yang tepat.Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamatdan penggunaan sumber.Anehnya falsafah untuk PTV juga memaksa kita melihat apakah yang seharusnya berlaku di dalam PTV yang sememangnya akan berbeza dengan apa yang sedang berlaku.

17 Kepentingan Falsafah dalam PTV
Perbezaan ini pula menjadi pemangkin untuk memperbaiki amalan.Amalan yang berjaya pula adalah asas kepada prinsip.Anda harus ingat, prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah.Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah.Malah prinsip yang melambangkan amalan yang berjaya menjadi kunci kepada pembentukan falsafah.

18 Kepentingan Polisi dalam PTV
Polisi mempunyai hubungan yang penting dengan prinsip dan falsafah. Polisi adalah satu wadah yang diperlukan supaya falsafah dan prinsip boleh dilaksanakan.Polisi merupakan satu set harapan yang mesti dipenuhi semasa perlaksanaan PTV.Polisi bukanlah undang-undang tetapi mempunyai kesan yang serupa dengan undang-undang. Impak polisi kepada prinsip dan falsafah adalah kritikal.Prinsip, yang mewakili amalan terpilih dalam PTV, hanya boleh dilaksanakan apabila disokong oleh polisi.Falsafah pula tidak akan bermakna tanpa polisi.

19 Kepentingan Polisi dalam PTV
Polisi perlu selari dengan falsafah dan juga prinsip. Pembuat polisi mesti menghayati falsafah supaya polisi dibina berdasarkan pandangan koheren dan menyeluruh mengenai PTV.Sifat gabung jalin antara falsafah, polisi dan prinsip serta kaitannya dengan pelajar dalam PTV ditunjukkan dalam Rajah di bawah.Polisi diwakili oleh bulatan besar merangkumi falsafah dan prinsip dan menjadi wadah bagi falsafah dan prinsip dilaksanakan. Prinsip pula terbentuk daripada amalan atau praktis yang berjaya diamalkan.Prinsip mestilah mempunyai asas falsafah yang kukuh. Pelajar adalah sasaran dan penerima prinsip dan falsafah yang dilaksanakan.Hubungan yang koheren dan harmoni antara prinsip, falsafah dan polisi akan membentuk asas bagi PTV.

20 Rangka konsep gabungjalin antara Falsafah, Prinsip dan Polisi

21 Kepentingan Polisi dalam PTV
Polisi adalah wadah bagi falfasah dan prinsip yang dilaksanakan.Tanpa polisi, falsafah tidak boleh dibentuk dan prinsip tidak boleh dilaksanakan.Hasil gabungjalin ketiga-tiga elemen yang harmoni akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

22 Falsafah PTVPernahkah anda mendengar cerita datuk nenek atau ibu bapa mengenai pendidikan sebelum kehadiran British di negara ini. Pada masa itu, pendidikan lebih merupakan pengajian al-Quran dan pendidikan agama Islam.Selepas waktu solat, pelajar akan dilatih untuk berladang dan bersawah. Termasuklah bertukang kayu dan logam seperti mengukir, membuat keris, membuat kerja tangan seperti menganyam bakul dan tikar. Sebenarnya, semua latihan yang dilakukan ini merupakan satu bentuk pendidikan vokasional tidak formal.Adakah nenek moyang kita telah membentuk falsafah bagi pendidikan sebegini? Setujukah anda jika dikatakan apa yang dibuat hanyalah untuk membekalkan individu dengan kemahiran yang boleh digunakan untuk kehidupan?

23 Falsafah PTVPerlaksanaan sistem pendidikan ketika itu hanya berasaskan praktis atau amalan yang biasa digunakan dan telah membawa kejayaan.Dari zaman mengaji al-Quran, senario PTV terus berkembang dari zaman penjajahan British sehinggalah kita mencapai kemerdekaan.Selaras dengan perkembangan negara, maka wujudlah akta-akta berkaitan pendidikan yang dijadikan asas bagi perubahan dalam PTV.Antara akta yang termaktub adalah:a. Laporan Barnes 1951b. Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak)c. Laporan RahmanTalib 1960d. Laporan Kabinet 1979.

24 Falsafah PTVPerakuan 111 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) memperakukan bahawa:'Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan PTV menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah diperakukan supaya PTVhendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi'.Perakuan 111 telah mencetuskan perubahan dan perkembangan lebih pesat dalam PTV, selepas tahun 1979 sehingga termaktub pula Akta Pendidikan Akta ini telah membawa satu reformasi kepada PTV, namun seperti akta sebelumnya, perubahan dalam PTV berlaku tanpa falsafah yang spesifik.

25 Falsafah PTVJadi, bagaimanakah program-program pendidikan yang berkaitan dengan teknikal dan vokasional diwujudkan?Adakah ianya wujud tanpa falsafah?Tidak mungkin kerana amalan di negara kita agak unik. Semua program yang berkaitan dengan pendidikan dibentuk berpandu dan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

26 FALSAFAH Maksud falsafah :
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani yang terdiri daripada dua suku kata Filo dan Sofia iaitu perkataan Filo bermaksud β€œorang yang menyintai,”manakala Sofia bermaksud β€œhikmah atau kebijaksanaan”.Maka jadilah maksud falsafah itu dari segi bahasa sebagai β€œOrang yang menyintai kebijaksanaan”.

27 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.Setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul.Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

28 Falsafah Pendidikan Kebangsaan...
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

29 PEMBENTUKAN FALSAFAH PTV
Sehingga kini PTV belum mempunyai satu bentuk falsafah yang teguh, tepat dan generik yang boleh menjadi platform bagi semua warga PTV.Tanpa falsafah, tidak ada landasan yang boleh dijadikan panduan untuk mengukuhkan tindakan dan praktis.

30 PEMBENTUKAN FALSAFAH PTV
Morris (1961) menyatakan:β€œWith a well thought out theory or philosophy of vocational education an individual knows what he is doing and why. And it is when our practical conduct becomes more and more rational, i.e., increasingly subject to critical theory, that we say it becomes more and more professional in character. The truly professional teacher is the individual who tempers and redirects native impulse with the rational theory of his craft”, (hal. 8)

31 KEPENTINGAN FALSAFAH PTV
Falsafah adalah penting kerana ianya boleh dijadikan:i. Pegangan dan panduan untuk halatuju;ii. Asas untuk membentuk tujuan, matlamat dan objektif PTV;iii. Panduan untuk tindakan yang perlu diambil bagi membuat perubahan;iv. Panduan dalam membina kurikulum yang bersesuaian;v. membantu dalam membuat keputusan, memilih aktiviti pembelajaran, dan penyediaan sumber.

32 Kepentingan Falsafah Kepada PTV
Falsafah menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV sendiri.Sebagai pendidik atau guru, falsafah memaksa kita melihat apakah yang seharusnya berlaku di dalam PTV yang sememangnya berbeza dengan apa yang sedang berlaku. Perbezaan ini pula menjadi pemangkin untuk memperbaiki amalan.

33 Orang bertanggungjawab dalam pembentukan falsafah bagi PTV.
Ahli falsafah, pembuat dasar, pembentuk kurikulum, pengamal dan pelaksana program termasuk guru dan pentadbir, pengguna produk atau graduan PTV seperti industri, harus bekerjasama dan bertanggungjawab dalam membentuk falsafah PTV.

34 Pembentukan falsafah PTV boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu:
(a) Kaedah Induktif – Kaedah dari dalam ke luar. Prosesnya merangkumi β€˜melihat’ dalam dunia PTV sendiri iaitu mengenal pasti praktis atau amalan sedia ada; diikuti dengan menentukan teori asas yang tersirat; barulah dapat dibentuk falsafah yang dikehendaki. (b) Kaedah Deduktif - Kaedah dari luar ke dalam, bermula dengan pembentukan falsafah dahulu. Teori asas yang digunakan dalam falsafah dihuraikan, kemudian diikuti dengan mengenal pasti praktis atau amalan yang harus dibuat.

35 Kaedah InduktifKaedah daripada dalam ke luar merupakan kaedah yang 'melihat' senario dalam dunia PTV sebelum membentuk falsafah.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:a. Mengenal pasti praktis sedia ada dalam PTV yang selalu diamalkan;b. Menentukan teori pendidikan yang menjadi asas praktis- praktis tersebut;c. Mengekstrak daripada teori tersebut pandangan atau andaian mengenai realiti, kebenaran dan nilai.

36   (b) Kaedah DeduktifKaedah daripada luar ke dalam bermula dengan 'melihat' dunia luar sebelum membentuk falsafah.Langkah-langkah dalam kaedah ini adalah seperti berikut:(i) Membentuk pandangan atau andaian yang menyeluruh mengenai realiti, kebenaran dan nilai.(ii) Menghurai teori pendidikan yang tersirat dalam andaian- andaian tersebut.(iii) Menggambarkan tingkah laku guru, tujuan pengajaran dan hasil pembelajaran yang diharapkan iaitu mengenai pasti praktis yang seharusnya diamalkan.

37 PEMBENTUKAN FALSAFAH PTV
Bagi kedua-dua kaedah (induktif dan deduktif), langkah terakhir yang mesti dilakukan sebelum pembentukan falsafah adalah memastikan bahawa praktis dan teori pendidikan adalah konsisten dan koheren dengan andaian yang dibuat.Perbezaan dan ketidaksesuaian yang wujud perlu diselesaikan.

38 Rajah menggambarkan proses pembentukan falsafah bagi PTV
Rajah menggambarkan proses pembentukan falsafah bagi PTV. Dalam kedua-dua kaedah, induktif mahupun deduktif, tiga elemen utama dalam proses pembentukan falsafah harus wujud secara harmoni sebelum falsafah boleh dibentuk.

39 Tiga elemen penting bagi PTV
Prinsip - elemen yang boleh dikenal pasti dan menggambarkan generalisasi yang dibuat berkaitan PTV.Falsafah – lebih menyeluruh daripada prinsip dan merupakan β€˜ world view' mengenai PTV.Polisi - polisi adalah medium atau perantara yang perlu untuk falsafah dan prinsip dilaksanakan.

40 Perkaitan antara prinsip, falsafah dan polisi/konsep
Polisi menjadi wadah bagi falsafah dan prinsip dilaksanakan.Prinsip pula terbentuk daripada amalan atau praktis yang berjaya diamalkan.Prinsip mestilah mempunyai asas falsafah yang kukuh.Hubungan yang koheren dan harmoni antara prinsip, falsafah dan polisi akan membentuk asas bagi PTV.

41 Hubungan Prinsip, Falsafah Dan Polisi
Prinsip, falsafah dan polisi perlu wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah.Polisi yang mantap akan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk PTV dilaksanakan selaras dengan falsafah dan prinsipnya.Tanpa polisi, prinsip atau amalan tidak boleh dilaksanakan; dan falsafah menjadi tidak bermakna.

42 OBJEKTIF PTV Pengenalan
Pada tahun 1971, Rupert Evans telah membentuk tiga objektif asas bagi pendidikan vokasional iaitu:a. Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja,b. Meningkatkan pilihan individu, danc. Sebagai daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan.- Sehingga kini, objektif yang diutarakan oleh Evans masih boleh dijadikan panduan dan dasar bagi membentuk objektif PTV.

43 1. Memenuhi Keperluan Tenaga Manusia
Bagaimanakah evolusi pekerjaan berlaku?Pada mulanya, seorang ayah atau ibu akan mewariskan kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anak sebagai memenuhi keperluan survival keluarga tersebut.Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenaga manusia berfokus kepada memenuhi kehendak masyarakat setempat.Seterusnya, masyarakat berkembang sehingga terbentuknya negeri dan akhirnya negara.Untuk survival, negara yang wujud memerlukan tenaga manusia yang mahir dan juga separa mahir dalam pelbagai bidang.

44 1. Memenuhi Keperluan Tenaga Manusia
Di sini bermulalah tanggungjawab PTV untuk melahirkan tenaga manusia yang diperlukan.Langkah pertama yang mesti dilakukan adalah untuk meramalkan bilangan tenaga manusia yang diperlukan mengikut pelbagai bidang pekerjaan.

45 1. Memenuhi Keperluan Tenaga Manusia
Antara faktor yang mesti dipertimbangkan apabila membuat ramalan keperluan tenaga manusia adalah:1. Pekerjaan mengikut agama, jantina dan umur - terdapat beberapa jenis pekerjaan yang hanya sesuai untuk satu-satu kumpulan jantina atau umur, ataupun agama.2. Permintaan bagi sesuatu produk atau servis - permintaan yang bertambah akan menyebabkan pertambahan pengeluaran produk.3. Kekosongan pekerjaan - kekosongan boleh berlaku akibat persaraan, berhenti kerja atau kematian.4. Perubahan teknologi - akan menyebabkan berlaku perubahan dalam cara kerja.5. Perubahan dan perkembangan ekonomi mengikut peredaran masa.

46 Adakah setiap ramalan keperluan tenaga manusia tepat?
Jawapannya: TIDAK!Kesilapan anggaran bilangan pekerja boleh berlaku apabila terdapat pekerja yang menukar kerja.Ada pula individu yang dilatih dalam satu bidang pekerjaan tidak menceburi bidang tersebut tetapi memilih bidang pekerjaan yang lain.Ataupun, terdapat keadaan di mana para pekerja lebih suka bekerja di satu-satu lokasi atau daerah sahaja, walaupun bilangan pekerja di situ telah berlebihan.

47 2. Meningkatkan Pilihan Individu
Manusia telah dilahirkan dengan sifat dan kebolehan tersendiri.Oleh itu pendidikan haruslah mengambil kira perbezaan yang wujud di kalangan kita.Tidak semua orang boleh berjaya dengan cara belajar secara 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.Maka, PTV telah dibentuk supaya memberi peluang kepada seseorang individu untuk mempunyai pilihan alternatif dalam proses pembelajaran.

48 2. Meningkatkan Pilihan Individu
Malah perbezaan individu dari segi minat dan aptitud turut diambil kira.Sekiranya seseorang pelajar lemah dalam akademik, tidak semestinya pelajar tersebut akan kandas dalam kehidupan.Aliran pendidikan vokasional dalam kurikulum PTV akan melatih pelajar untuk satu kemahiran spesifik yang akan membolehkan pelajar bersedia menghadapi sesuatu bidang pekerjaan.

49 3. Daya Motivasi Kepada Pelbagai Jenis Pendidikan
Objektif ketiga PTV adalah objektif yang agak mengelirukan.Objektif ini sebenarnya mencadangkan supaya pendidikan vokasional memainkan peranan dalam meningkatkan kebolehfahaman pendidikan am.Pendidikan vokasional harus memudahkan kefahaman para pelajarnya mengenai pendidikan am. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai di antara pelajar di bidang pendidikan vokasional mengganggap bahawa pendidikan am atau mata pelajaran akademik tidak penting atau diperlukan.Apakah ini benar?

50 3. Daya Motivasi Kepada Pelbagai Jenis Pendidikan
Tidak dapat kita nafikan bahawa ada di kalangan kita yang sukar untuk memahami apa yang dipelajari dalam sesuatu mata pelajaran terutamanya mata pelajaran matematik, fizik, dan kimia.Kesukaran memahami ini diperkukuhkan lagi dengan minat yang sedikit dalam mata pelajaran tersebut dan tanggapan bahawa ianya tidak diperlukan di alam pekerjaan.Mata pelajaran yang dianggap sebagai mata pelajaran pendidikan am atau akademik juga bernilai dalam dunia pekerjaan.Di sinilah objektif asas ketiga memainkan peranan membantu mempermudahkan dan mengintegrasikan apa yang dipelajari dalam pendidikan am dan pendidikan vokasional.

51 3. Daya Motivasi Kepada Pelbagai Jenis Pendidikan
Proses mengintegrasi boleh dilaksanakan dengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi perhatian:a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan.b. Pelaksana program; guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar.c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian yang relevan dengan kehendak pelajar; .d. Persekitaran belajar yang kondusif; e. Kandungan mata pelajaran yang dapat dihubungkaitkan.Semasa dalam proses integrasi ini, pendidikan vokasional sebenarnya telah bertindak sebagai satu daya motivasi yang merangsang minat pelajar kepada pendidikan am.Di samping itu, pendekatan secara pendidikan vokasional akan mengayakan pendidikan am yang sering dianggap sebagai "abstrak".

52 Matlamat, Tujuan dan Objektif PTV
Pada tahun 1960an, UNESCO telah menyarankan agar PTV dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada budaya.PTV bukan hanya berperanan sekadar memberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai persediaan untuk bekerja, tetapi juga untuk:i. memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku;ii. dilengkapkan dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan, penampilan diri yang wajar; daniii. dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.

53 Matlamat, Tujuan dan Objektif PTV
Selain daripada UNESCO, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization) semasa mengutarakan Vocational Training Recommendation pada tahun 1963, telah menetapkan matlamat bagi pendidikan vokasional iaitu:a. Sebagai kesemua bentuk latihan yang direka bentuk untuk melatih atau melatih semula seseorang individu sebagai persediaan memulakan pekerjaan atau untuk pekerjaan selanjutnya dalam pelbagai cabang aktiviti ekonomi.b. Latihan berterusan berlaku sehingga dapat memperkembangkan kebolehan, dan kemahiran pekerjaan, serta mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.c. Memberi perhatian kepada perkembangan sahsiah.

54 Matlamat, Tujuan dan Objektif PTV
Negara kita juga telah membentuk matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Matlamat pendidikan negara adalah untuk:a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera;c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara;d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

55 TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV
Pada tahun 1984 pula, UNESCO telah mengemukakan tujuan pendidikan vokasional sebagai pendidikan yang bukan sahaja melatih seseorang individu untuk sesuatu pekerjaan dengan memberikannya kemahiran dan pengetahuan, tetapi ia juga harus seiring dengan pendidikan am, memupuk perkembangan sifat dan watak yang boleh meningkatkan potensi untuk memahami, menilai, melahirkan pendapat serta menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.Tujuan pendidikan vokasional UNESCO adalah berasaskan matlamat yang telah diwujudkan oleh organisasi dunia tersebut pada tahun 1960an.

56 TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV
Begitu jugalah dengan kita, daripada matlamat pendidikan negara, jelas tujuan PTV adalah untuk:(a) Membentuk kemahiran, kebolehan dan kefahaman dalam bidang pekerjaan bagi setiap pelajar supaya dapat digunakan secara berfaedah dan produktif.(b) Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dalam diri pelajar supaya menjadi seorang pekerja yang produktif dan bertanggung jawab.(c) Menyediakan pekerja mahir dan separa mahir yang berkualiti bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih di negara ini selaras dengan perubahan ekonomi negara.(d) Membuka peluang bagi pelajar memperbaiki kualiti hidupnya dengan mengembangkan potensi pelajar dari segi pemikiran atau kognitif, pengetahuan dan kemahiran.(e) Mewujudkan wadah bagi satu sistem pendidikan sepanjang hayat.

57 TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV
Selaras dengan tujuan PTV, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (sebelum namanya diubah menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal) telah menggubal objektif PTV yang telah diberi akronim PRIME seperti berikut:Performance - mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum ketahapyang lebih seimbang dan cemerlang.Respectability- melahirkan pelajar PTV yang aktif; dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV; supaya keseluruhan masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.Image-meninggikan imejdan usaha institusi PTVdi mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan Maha Pencipta.Manpower - membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara.Expectation - memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara kearah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu. /

58 TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV
Selaras dengan tujuan PTV, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (sebelum namanya diubah menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal) telah menggubal objektif PTV yang telah diberi akronim PRIME seperti berikut:Performance - mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang.Respectability - melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV; supaya keseluruhan masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.

59 akronim PRIME:Image - meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan Maha Pencipta.Manpower - membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara.Expectation - memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu.

60 TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV
Pada ketika itu, usaha untuk mencapai objektif PRIME telah dilaksanakan secara terancang oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui tiga jenis institusi PTV di bawah Kementerian Pendidikan; iaitu sekolah menengah vokasional, sekolah menengah teknik dan politeknik. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila termaktubnya Akta Pendidikan 1995.Salah satu tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah termaktubnya Akta Pendidikan 1995 adalah menukar nama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang telah digunakan sejak tahun 1964.Nama baru BPTV adalah Jabatan Pendidikan Teknikal. Pertukaran nama juga menyebabkan bertakunya penstrukturan semula organisasi BPTV.

61 Kaitan di antara objektif PRIME, objektif PTV dan objektif asas PTV
PRIME dan objektif PTV yang baru memberi fokus kepada memenuhi keperluan tenaga manusia yang berketerampilan dalam bidang sains dan teknologi, iaitu objektif asas pertama.Objektif asas kedua dan ketiga tersirat dalam PRIME dan objektif baru PTV melalui perlaksanaan beberapa program dan penawaran mata pelajaran PTV di sekolah rendah dan sekolah menengah akademik, dan juga pengenalan program tech prep di sekolah menengah teknik.

62 TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV
Objektif PTV juga turut diperkemaskan supaya lebih mantap dan searah dengan pembangunan negara. Objektif baru PTVadalah:(a) Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat dan mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknikal. Pada masa yang sama dijuruskan untuk dilatih menjadi pekerja yang berkemahiran dan berteknologi tinggi sepertimana yang diperlukan untuk pembangunan negara;(b) Menawarkan program berorientasikan teknologi kepada pelajar yang berpotensi untuk menjadi pekerja separa mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Melalui program begini, Malaysia akan dapat melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi dan trampil, serta memiliki etika kerja yang baik dan akhlak yang mulia.

63 OBJEKTIF PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL
Di perkemaskan lagi menjadi:Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan, industri dan pertanian.Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional.

64 Pendidikan Teknikal atau Pendidikan Vokasional?
Sebelum Akta Pendidikan 1995 berkuatkuasa, perlaksanaan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dipisahkan di peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima.Tujuan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional KPM turut berbeza.

65 Pendidikan TeknikalTujuan pendidikan teknikal adalah untuk: a. Memberi pendidikan am akademik yang seimbang; b. Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajaryang memiliki kecenderungan terhadap bidang tersebut; c. Memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang t eknikal; d. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di institusi pengajian tinggi.

66 Pendidikan Vokasional
Tujuan pendidikan vokasional adalah untuk:a. Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan;b. Membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dan latihan dalam bidang teknikal ataupun vokasional.

67 Pendidikan Vokasional
KPM telah melaksanakan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional melalui sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional.Apabila Jabatan Pendidikan Teknikal menggantikan BPTV, perkataan 'Vokasional" telah digugurkan. Serentak dengan itu, sekolah menengah vokasional turut dinaik taraf menjadi sekolah menengah teknik.Aliran vokasional dan latihan kemahiran masih tetap diteruskan di sekolah-sekolah yang telah dinaik taraf. Sistem pendidikan vokasional masih dikekalkan. Pelajar aliran vokasional akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia.Pelajar aliran kemahiran akan dinilai mengikut sistem pentauliahan yang dikelolakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia.

68 Latihan Kemahiran Tujuan Latihan Kemahiran adalah:
a. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran yang sesuai;b. Pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan kemahiran yang sesuai dengan alam pekerjaan yang diminati;c. Dapat mengurangkan tahap keciciran di kalangan pelajar dan seterusnya akan mengurangkan pengangguran di kalangan belia.

69 Pendidikan Vokasional
Perbandingan antara Sistem Pendidikan Vokasional dan Latihan VokasionalPendidikan VokasionalLatihan VokasionalBermatlamat menyediakan pelajar denganpengetahuan sains dan teknologi, dan jugakemahiran pekerjaan yang diperlukan sertamata pelajaran am.Bermatlamat menyediakan pelajaran dengankemahiran pekerjaan berasaskan sains danteknologiMemiliki ciri pendidikan dengan orientasikerja yang berfokus pengkhususanMemiliki ciri pendidikan dengan orientasi kerhayang berfokus pengkhususanMenyediakan komponen pendidikan am yangbercorak akademikMenyediakan komponen pengajaran bercirikanperdagangan dan keusahawananDilaksanakan di institusi pendidikan awamatau swasta secara formalDilaksanakan di institusi pendidikan awam atauswasta secara formal atau secara tidak formal

70 Pendidikan Vokasional
Perbandingan antara Sistem Pendidikan Vokasional dan Latihan VokasionalPendidikan VokasionalLatihan VokasionalBoleh dijadikan laluan ke peringkatpendidikan tinggiBoleh dijadikan platform untuk peningkatankerjayaBiasanya disediakan oleh pihak berwajibpendidikan awamBoleh disediakan oleh pihak berwajib awamdan juga swastaPenilaian melalui pendidikan awam yangdikelolakan oleh Lembaga atau BadanPeperiksaan Awam; perlu penilaian formaluntuk pensijilanPenilaian melalui peperiksaan awam yangPeperiksaan Awam atau dikelolakan olehpihak swasta; adakalanya penilaian bukansatu unsur wajibPatutkah latihan vokasional di asingkan daripada PTV?

71 Perbezaan di antara pendidikan vokasional dengan latihan vokasional
(a) Matlamat dan TujuanPendidikan vokasional - tumpuan lebih kepada pendidikan akademik dalam bidang sains dan teknologi; dan membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggiLatihan vokasional - kemahiran pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi diutamakan; dan boleh dijadikan platform bagi peningkatan kerjaya.(b) Komponen Mata Pelajaran Am yang DitawarkanPendidikan vokasional - lebih bercorak akademikLatihan vokasional - lebih bercirikan perdagangan dan keusahawanan

72 Perbezaan di antara pendidikan vokasional dengan latihan vokasional
(c) Institusi dan Pihak yang Menyedia dan MengendaliPendidikan vokasional - pihak berwajib awam; dilaksana oleh institusi awam atau swasta secara formalLatihan vokasional - boleh disediakan dan diurus oleh pihak awam dan swasta; tetapi tidak semestinya secara formal(d) PenilaianPendidikan vokasional - secara formal melalui peperiksaan awam yang dijalankan oleh Lembaga atau Badan Peperiksaan AwamLatihan vokasional - boleh seperti pendidikan vokasional tetapi penilaian tidak semestinya menjadi elemen yang wajib.

73 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia, dasar PTV telah dibentuk untuk memantapkan lagi Sistem PTV.lanya menjurus ke arah melahirkan golongan pelajar yang berorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia negara.Di samping itu, PTV juga mampu membangunkan diri individu untuk menjadi seorang warga yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab.PTV pertu bersaing dalam dunia pendidikan yang sedang berkembang dengan pesat.la perlu terus berada dalam kedudukan bersaing dan berterusan memajukan sistem pendidikannya untuk terus wujud.

74 (c) Faktor penyumbang kepada pembangunan PTV
Elemen yang mempengaruhi kedudukan kompetitif dan menyumbang kepada perkembangan PTV:(a) Keupayaan PTV(b) Kepentingan PTV(c) Faktor penyumbang kepada pembangunanPTV

75 (a) KEUPAYAAN PTVUntuk kekal dalam kedudukan bersaing, PTV seharusnya berupaya:Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh mendapat manfaat daripadanya;Memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am;Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan bekerja;Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan;Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang berkesan;Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.

76 (b) KEPENTINGAN PTVSecara amnya, kepentingan PTV adalah seperti berikut:Menyediakan infrastruktur dan bekalan tenaga manusia yang mahir berasaskan sains dan teknikal;Membolehkan manusia memahami perubahan-perubahan teknologi di mana sains dan teknologi adalah ciri utama;Memperluaskan pilihan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan;Membantu mengurangkan peningkatan bilangan pengangguran di kalangan lepasan sekolah;Menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden yang kompleks.

77 (c) Faktor penyumbang kepada pembangunan PTV
Antara faktor yang menyumbang kepada pembangunan PTV adalah:i. Perubahan dalam kerja;ii. Perubahan dalam kaedah, teknik dan proses;iii. Perubahan mesin dan peralatan;iv. Umur berhenti sekolah yang lebih tinggi;v. Pendidikan sepenuh masa yang lebih lama;vi. Kewujudan pendidikan sepanjang hayat;vii. Keciciran;viii. Peningkatan taraf hidup;ix. Perubahan dasar pemerintah.

78 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Selain daripada meningkatkan keupayaan dan kepentingan untuk mengekalkan ciri kompetetifnya, PTV mestilah berkebolehan menerima cabaran.Antara cabaran yang utama ialah daripada pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Aliran latihan vokasional dalam PTV juga mestilah berbentuk luas dan menyeluruh.Mengapa?

79 Latihan Vokasional yang luas akan dapat membentuk tenaga manusia yang:
1. Lebih fleksibel, yang boleh berubah mengikut perubahan dunia dan pekerjaan;2. Berpengetahuan lebih luas selaras dengan nilai pekerjaan yang bertambah kompleks;3. Memiliki pengetahuan dan kemahiran pelbagai; sesuai dengan keperluan pekerjaan masa kini;4. Telah menjalani pembelajaran dan latihan bagi kemahiran spesifik bagi membolehkan mereka mendapat kerja serta merta dan juga untuk pekerjaan akan datang;5. Bebas iaitu tidak bergantung kepada satu majikan sahaja.******* Latihan vokasional yang luas juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan di mana pekerja perlu dilatih semula akibat perubahan pesat pada industri. Proses melatih semula tentunya akan melibatkan kos dan masa.

80 KONSEP/ POLISI PTVKurikulum pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah bermaksud mata pelajaran yang berorientasikan kemahiran atau pendidikan vokasional yang ditawarkan dalam sistem sekolah.Contoh : kemahiran untuk menjahit, automotif, pertukangan dsbKonsep ini lebih menjurus kepada latihan dan amali mengikut keadaan alam pekerjaan sebenar.PTV memerlukan bengkel serta peralatan yang mencukupi untuk melaksanakan p&p dengan berkesan.

81 TERDAPAT 2 PRINSIP UTAMA DALAM PTV:
1. Kefahaman kepada fakta, dan latihan minda.2. Pendidikan yang progresif kepada 4 bahagian utama:a. Keperluan minat pelajar, sepatutnya kepada kokurikulum.b. Aktiviti pelajar akan membentuk asas P&P.c. Keadaan sosial seharusnya di ambil kira dalam pembelajaran.d. Pembelajaran seharusnya menyumbang kepada penyelesaian masalah sosial.

82 TERDAPAT 2 PRINSIP; 1. Prinsip Charles W. Prosser menyatakan bahawa;
a. Pelajar yang mengambil sesuatu kursus itu adalah melalui daripada bakatnya.b. Terdapat perbezaan diantara sekolah biasa dengan sekolah vokasional.c. Pendidikan vokasional adalah untuk pelajar yang bermasalah dari segi akedemik.

83 TERDAPAT 2 PRINSIP; 2. Prinsip John Dewey menyatakan bahawa;
a. Vokasional adalah untuk semua pelajar.b. Objektif utama pendidikan vokasional adalah untuk menerapkan keadaan sebenar di alam pekerjaan kelak.c. Pendidikan vokasional ini melibatkan sesuatu kerja dilakukan itu dinilai, reka cipta dan peranannya di dalam pekerjaan.

84 Agenda Pendidikan vokasional ini telah dicipta oleh oleh Barlow (1967) yang menyatakan terdapat 7 prinsip yang perlu dicapai;1 Pendidikan vokasional merupakan keperluan negara.2. Pendidikan vokasional merangkumi aspek keselamatan dan kehidupan manusia.3. Penyediaan Vokasional untuk golongan muda dan dewasa merupakan tanggungjawab sektor awam.4. Pendidikan vokasional harus dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi.5. Pendidikan vokasional merupakan perancang dan penghubung kepada industri perniagaan.6. Pendidikan vokasional menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang sangat bernilai didalam industri perniagaan.7. Pendidikan vokasional ini merupakan pembelajaran secara berterusan kepada peringkat lebih tinggi.

85 16 teori Prosser1. Cara pembelajaran vokasional mestilah lebih terdedah kepada alam pekerjaan sebenar. 2. Peralatan pembelajaran vokasional yang digunakan adalah sama seperti peralatan yang terdapat di industri. 3. Pendidikan vokasional seharusnya menyediakan pelajar yang mempunyai fikiran teknikal. 4. Pendidikan vokasional seharusnya diambil kira melalui minat dan bakat pelajar. 5. Pendidikan vokasional bukanlah pendidikan semua pihak tetapi ia merupakan pendidikan yang diperlukan untuk individu yang ingin mempelajarinya dan mampu memberi impak kepada industri.

86 16 teori Prosser (samb…)6. Pendidikan vakasional seharusnya menyediakan peluang kepada pelajar menjadi mahir dalam sesuatu bidang tertentu yang diceburinya sehingga memenuhi kehendak industri.7. Pendidikan vakasional seharusnya diajar oleh tenaga pengajar yang berpengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu.8. Setiap pekerjaan yang mempunyai produktiviti yang minimum hendaklah menyediakan jaminan keselamatan (atau )9. Pendidikan vokasional adalah persediaan seseorang pelajar untuk mengalami alam pekerjaan mengikut permintaan pasaran pekerjaan sekarang.

87 16 teori Prosser (samb…)10. Pendidikan vokasional sepatutnya menyediakan peluang kepada pelajar untuk membuat operasi dengan keadaan kerja sebenar bukan hanya teori sahaja.11. Hanya sumber yang boleh dipercayai untuk latihan yang lebih spesifik di dalam pekerjaan adalah melalui penguasaan pengalaman bagi sesuatu pekerjaan.12. Untuk setiap pekerjaan terdapat isi badan yang mana ia adalah sangat aneh dan ianya tidak berfungsi untuk pekerjaan lain.

88 16 teori Prosser (samb…)13. Pendidikan vokasional hendaklah memenuhi kehendak keperluan individu dan berfaedah untuk dimanfaatkan.14. Pendidikan vokasional akan lebih efektif apabila kaedah pembelajaran disesuaikan dengan ciri-ciri yang khusus untuk kumpulan yang khusus.15. Pentadbiran pendidikan vokasional seharusnya cekap di dalam pembahagian dan seharusnya fleksibel berbanding serkata dan tegar.16. Pendidikan vokasional memerlukan bajet atau modal yang tinggi, jika tidak pendidikan vokasional tidak dapat dilaksanakan.

89 MELVIN MILLER (1985) MENGGAMBARKAN 25 TOPIK SERTA PRINSIP YANG DICADANGKAN:
1. PRINSIP-PRINSIP MANUSIAi. Bimbinganii. Pendidikan sepanjang hayatiii. Keperluan untuk semuaiv. Kedudukan sosial ekonomiv. Kencederungan jantinavi. Keperluan istimewavii. Organisasi pelajarviii. Guru-guruix. Etika kerja

90 MELVIN MILLER (1985) MENGGAMBARKAN 25 TOPIK SERTA PRINSIP YANG DICADANGKAN:
2. PRINSIP-PRINSIP PROGRAMi. Kerjaya dan pendidikan pravokasionalii. Pendidikan komprehensifiii,. Kurikulumiv. Keluarga dan pekerjaanv. Inovasivi. Peluang pekerjaanvii. Keselamatanviii. Pengalaman menyelia pekerjaan

91 MELVIN MILLER (1985) MENGGAMBARKAN 25 TOPIK SERTA PRINSIP YANG DICADANGKAN:
3) PRINSIP-PRINSIP PROSESi. Menyediakan khidmat nasihatii. Penyataan idea yang teratur dan terangiii. Lokasi/koordinasiiv. Penilaianv. Pemantauan susulanvi. Penguatkuasaan peraturanvii. Perancanganviii. Penyelidikan

92 PERBEZAAN PRINSIP DENGAN KONSEP DALAM PTV
Merujuk pada kamus Dewan dan Pustaka, konsep bermaksud pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu ataupun tanggapan.Perkataan konsep ini bersinonim dengan pengertiaan, idea, dan pendapat .Manakala prinsip pula merujuk kamus dewan adalah asas atau dasar serta pegangan.Jelaslah bahawa maksud sebenar prinsip dan konsep mempunyai perbezaan

93 PERBEZAAN PRINSIP DENGAN KONSEP DALAM PTV (samb...)
Di Malaysia, prinsip yang selalu diguna pakai adalah berasaskan kepada Teori Prosser. Ia banyak menyatakan tentang latihan amali dan suasana pembelajaran penting bagi menyesuaikan dengan keadaan pekerjaan yang sebenar.Teori prosser ini penting bagi membantu perkembangan serta melicinkan PLTV yang dijalankan di Malaysia.Jika kita lihat hari ini, sudah banyak pengaruh Barat yang diterapkan dalam pendidikan vokasional di Malaysia.Konsep serta prinsip yang diguna pakai juga berdasarkan pendapat barat.

94 PERBEZAAN PRINSIP DENGAN KONSEP DALAM PTV (samb…)
Manakala konsep PTV pula merupakan corak yang pembelajaran yang dijalankan di dalamnya.PTV lebih bercorak pada aktiviti amali ataupun β€˜hands-on’. Ini akan memberikan mereka pengalaman serta kemahiran yang akan digunakan di alam pekerjaan nanti.Konsep ini juga diterapkan seawal sekolah rendah lagi serta seawal tingkatan satu di dalam subjek Kemahiran Hidup. Ini bertujuan untuk memupuk minat serta memberi pengalaman kepada aktiviti yang lebih becorak β€˜hands-on’ yang dijalankan di luar bilik darjah.Jadi, dalam PTV ini akan menerapkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan oleh industri serta bidang pekerjaan. Ini akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan kelak kerana sudah mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan.Konsep dan prinsip ini amat memainkan peranan yang penting dalam PTV. Ini yang akan mencorakkan serta halatuju PTV di Malaysia.

95 AGENSI KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN PENDIDIKAN/ LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
1. Kementeriaan PelajaranSekolah Rendah – KBSRSekolah Menengah Teknik – Aliran Teknikal, Vokasional dan KemahiranSekolah Men. Pendidikan Khas2. Kementerian Pengajian TinggiPoliteknikKolej Komuniti

96 AGENSI KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN PENDIDIKAN/ LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (samb...)
3. Kementerian Sumber ManusiaInstitut Latihan PerindustrianPusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran LanjutanPusat Teknologi TinggiInstitut Teknikal Jepun –Malaysia4. Kementerian Belia dan SukanInstitut Kemahiran Belia NegaraInstitut Kemahiran Belia Tinggi Negara

97 AGENSI KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN PENDIDIKAN/ LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (samb...)
5. Kementerian pertanian dan Industri Asas TaniInstitut Pertanian MalaysiaKolej Pertanian MalaysiaInstitut Latihan VeterinarInstitut Latihan PerikananPusat Latihan Pertanian6. Kementerian Pembangunan dan KoperasiInstitut Kemahiran MARAKolej Kemahiran Tinggi MARAPusat Giat MARAUniversiti Kuala LumpurGerman-Malaysian InstitutInstitut Kraf Negara

98 Sekian,Terima kasih……!!!!" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hatiyang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGENALAN DIRI

PENGENALAN FALSAFAH